Thursday, February 13, 2020

PENGIKTIRAFAN KD TERBAIK


Tahniah diucapkan kepada KD Pulau Tiga Kanan atas pengiktirafan tempat ke-3 sebagai KD terbaik Perak Tengah.

Tuesday, February 11, 2020

PERKEMBANGAN EKSA ZON DIAMOND 2020

Assalamualaikum & selamat sejahtera buat warga KK Kg Gajah.
Di sini adalah sedikit sebanyak perkongsian tentang perancangan ekza zon diamond bagi tahun 2020.

*Satu mesyuarat ezksa zon diamond dijangka akan dilakukan pada bulan MAC 2020 yang diketuai oleh Dr Phan Ai ping.

*Terdapat sedikit perubahan dalam carta organisasi ekza zon diamond melibatkan beberapa jawatan tertinggi dalam organisasi yang terdahulu. Perkara ini akan dibincangkan dan diputuskan dalam mesyuarat Ahli Lembaga Pengarah eksa zon diamond pada bulan MAC 2020.

*Surat lantikan eksa zon diamond dijangka akan diedarkan pada bulan MAC 2020 kepada semua ahli yang dilantik dalam jawatankuasa organisasi.

*Menambah lebih banyak lagi aktiviti dan program bagi meningkatkan dan mengekalkan lagi prestasi eksa zon diamond untuk tahun 2020. Aktiviti dan program yang dijangka akan dilakukan ini melibatkan pembersihan, pengumpulan dana tabung eksa, dan pameran eksa di KK KG Gajah.

*Lain - lain kemaskini akan menyusul dari semasa ke semasa. harap maklum. Terima kasih

"Perkasakan Eksa Dalam Perkhidmatan"

PROGRAM GOTONG ROYONG PERDANA



Assalamualaikum dan selamat sejahtera kepada semua warga KK Kampung Gajah.
Satu program gotong - royong dijangka akan diadakan pada bulan Februari 2020.
Objektif program ini adalah untuk memastikan kekemasan ruang kerja dan persekitaran klinik dipertingkatkan.
Diharap semua warga KK KG Gajah dapat menyertai program ini.
Tarikh program akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat.
Harap maklum. Terima Kasih

HAPPY NEW YEAR 2020


Assalamualaikum, salam sejahtera & salam Perak Aman Jaya diucapkan kepada semua warga KK Kampung Gajah. Selamat tahun baru 2020. Semoga tahun baru ini memberikan semangat baru buat kita semua untuk meningkatkan lagi mutu dan kualiti kerja dalam setiap perkhidmatan yang kita lakukan.

Detik demi detik berganti
Mengusung banyak cerita terpatri
Tahun baru telah datang menanti
Disambut dengan semangat motivasi
Semoga kegagalan di tahun 2019
Menjadi kejayaan di tahun 2020