Sunday, July 16, 2017

SAMBUTAN AIDILFITRI PKD PERAK TENGAH DAN PENYAMPAIAN ZON EKSA TERBAIK



Pada 14.7.2017 yang lalu,Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat PKD Perak Tengah dan Anugerah Zon Terbaik.Selain itu,pertandingan persembahan kesenian dan kebudayaan juga turut diadakan.Bagi pertandingan persembahan,KK Kampung Gajah telah berjaya memperolehi tempat ketiga manakala untuk Zon EKSA Terbaik,Zon Diamond telah berjaya mendapat tempat ketiga.








PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ZON TERBAIK EKSA




Pada 5.5.2017 yang lalu,Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan.Penyampaian hadiah kepada Zon Terbaik EKSA telah diadakan setelah setiap Zon yang layak memasuki pertandingan diaudit dan diadili oleh Fasilitator EKSA PKD Perak Tengah.Namun,Zon Diamond tidak berjaya untuk menduduki Zon Terbaik dan berjaya mendapat Pengiktirafan Best Practice untuk Promosi Kesihatan memandangkan Klinik Kesihatan Kampung Gajah merupakan "Health Promoting Clinic".Hadiah telah disampaikan oleh Dr Ruzita Binti Mustaffa,Pegawai Kesihatan Daerah Perak Tengah.



Saturday, July 15, 2017

JUALAN T-SHIRT EKSLUSIF KLINIK KESIHATAN KAMPUNG GAJAH




Sebagai tanda sokongan kepada EKSA Zon Diamond,AJK EKSA Zon Diamond telah melancarkan jualan T-SHIRT EKSKLUSIF KK KG GAJAH.Warna yang dipilih adalah warna hijau simbolik dengan Kempen Go-Green.T-Shirt dijual dengan harga RM35 untuk lengan pendek dan Muslimah.Berikut disertakan Design T-Shirt dan spesifikasi saiz.







Monday, July 10, 2017

HARI KITAR SEMULA & GOTONG ROYONG EKSA


Pada 7.7.2017 bersamaan hari Jumaat yang lalu,Jawatankuasa EKSA Zon Diamond yang dinaungi oleh Dr Phan Ai Ping telah mengadakan Hari Kitar Semula dan Gotong-Royong di Klinik Kesihatan Kampung Gajah.Fokus utama gotong-royong adalah untuk membersihkan persekitaran kerja pegawai dan persekitaran klinik.Selain itu,jualan barangan kitar semula turut diadakan dan mengumpul sebanyak RM27 untuk disalurkan untuk perbendaharaan EKSA Zon Diamond.




Proses memindahkan Papan Tanda Tempat Berkumpul Kecemasan.

PPP U32 Encik Ridzuan sedang memegang papan tanda dengan penuh fokus. 

Menyusun pokok bunga untuk landskap Klinik Kesihatan Kampung Gajah.

PPP Firdaus membersihkan sliding door untuk memastikan kebersihannya.


JK Mazinah membersihkan pintu utama untuk memastikan kebersihannya.
Selesai menjual barangan kitar semula.Keuntungan yang terkumpul sebanyak RM27 termasuk GST.