Sunday, July 16, 2017

SAMBUTAN AIDILFITRI PKD PERAK TENGAH DAN PENYAMPAIAN ZON EKSA TERBAIK



Pada 14.7.2017 yang lalu,Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah telah mengadakan Sambutan Aidilfitri Peringkat PKD Perak Tengah dan Anugerah Zon Terbaik.Selain itu,pertandingan persembahan kesenian dan kebudayaan juga turut diadakan.Bagi pertandingan persembahan,KK Kampung Gajah telah berjaya memperolehi tempat ketiga manakala untuk Zon EKSA Terbaik,Zon Diamond telah berjaya mendapat tempat ketiga.








PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN ZON TERBAIK EKSA




Pada 5.5.2017 yang lalu,Pejabat Kesihatan Daerah Perak Tengah telah mengadakan Perhimpunan Bulanan.Penyampaian hadiah kepada Zon Terbaik EKSA telah diadakan setelah setiap Zon yang layak memasuki pertandingan diaudit dan diadili oleh Fasilitator EKSA PKD Perak Tengah.Namun,Zon Diamond tidak berjaya untuk menduduki Zon Terbaik dan berjaya mendapat Pengiktirafan Best Practice untuk Promosi Kesihatan memandangkan Klinik Kesihatan Kampung Gajah merupakan "Health Promoting Clinic".Hadiah telah disampaikan oleh Dr Ruzita Binti Mustaffa,Pegawai Kesihatan Daerah Perak Tengah.



Saturday, July 15, 2017

JUALAN T-SHIRT EKSLUSIF KLINIK KESIHATAN KAMPUNG GAJAH




Sebagai tanda sokongan kepada EKSA Zon Diamond,AJK EKSA Zon Diamond telah melancarkan jualan T-SHIRT EKSKLUSIF KK KG GAJAH.Warna yang dipilih adalah warna hijau simbolik dengan Kempen Go-Green.T-Shirt dijual dengan harga RM35 untuk lengan pendek dan Muslimah.Berikut disertakan Design T-Shirt dan spesifikasi saiz.







Monday, July 10, 2017

HARI KITAR SEMULA & GOTONG ROYONG EKSA


Pada 7.7.2017 bersamaan hari Jumaat yang lalu,Jawatankuasa EKSA Zon Diamond yang dinaungi oleh Dr Phan Ai Ping telah mengadakan Hari Kitar Semula dan Gotong-Royong di Klinik Kesihatan Kampung Gajah.Fokus utama gotong-royong adalah untuk membersihkan persekitaran kerja pegawai dan persekitaran klinik.Selain itu,jualan barangan kitar semula turut diadakan dan mengumpul sebanyak RM27 untuk disalurkan untuk perbendaharaan EKSA Zon Diamond.




Proses memindahkan Papan Tanda Tempat Berkumpul Kecemasan.

PPP U32 Encik Ridzuan sedang memegang papan tanda dengan penuh fokus. 

Menyusun pokok bunga untuk landskap Klinik Kesihatan Kampung Gajah.

PPP Firdaus membersihkan sliding door untuk memastikan kebersihannya.


JK Mazinah membersihkan pintu utama untuk memastikan kebersihannya.
Selesai menjual barangan kitar semula.Keuntungan yang terkumpul sebanyak RM27 termasuk GST.

Thursday, March 23, 2017

JUMBO SALE EKSA (JUALAN BARANGAN TERPAKAI)





Pada 22.2.2017,Unit Promosi telah mengadakan Jumbo Sale EKSA dengan menjual barangan terpakai seperti baju kurung,pakaian bayi,bag tangan dan novel pre-loved terpakai.Jualan ini mendapat sambutan baik daripada pengunjung Klinik Kesihatan Kampung Gajah.








GOTONG-ROYONG EKSA KEDUA - 25.11.2016








Sunday, February 5, 2017

HARI KITAR SEMULA 1



Pada 27.1.2017,kami telah mengadakan Hari Kitar Semula kali yang pertama dan diwar-warkan kepada warga kerja Klinik Kesihatan Kampung Gajah melalui aplikasi whatsapps dan memo.Barangan kitar semula diperolehi melalui kutipan daripada warga kerja Kampung Gajah dan daripada setiap unit yang mempunyai barangan untuk dikitar semula.Duit yang diperoleh hasil daripada penjualan barangan kitar semula adalah sebanyak RM24.00 dan direkodkan oleh Bendahari EKSA.Hasil dari jualan akan dimanfaatkan untuk aktiviti EKSA.













HARI KITAR SEMULA 2



Pada 3.2.2017,kami telah mengadakan Hari Kitar Semula kali ke-2 bertepatan dengan Hari EKSA yakni pada Hari Jumaat.Barangan kitar semula diperolehi melalui kutipan daripada warga kerja Kampung Gajah dan daripada setiap unit yang mempunyai barangan untuk dikitar semula.Duit yang diperoleh hasil daripada penjualan barangan kitar semula adalah sebanyak RM46.50 dan direkodkan oleh Bendahari EKSA.



Barangan kitar semula yang berjaya dikumpul.


Bergambar seusai lelah memunggah barangan kitar semula ke dalam lori.



JK Mazinah,figur yang sentiasa tampil membantu dalam aktiviti EKSA.

Sunday, January 22, 2017

GOTONG-ROYONG EKSA PERTAMA (22.10.2016)




      


Bergambar dahulu sebelum bergotong-royong.


Peralatan yang tidak digunakan dikeluarkan daripada bilik (MCH)

Mengemas poster yang tidak berkenaan (OPD).

Mengemas ruangan hadapan pendaftaran (OPD).

Mengemas ruang rawatan Unit Pemulihan Carakerja.

CARTA PERBATUAN SEMASA